20120326

Sekali pandang macam ular


Sekali pandang macam ular
25 Mac 2012

KUALA PILAH – “Sekali pandang ia seperti ular,” kata seorang peniaga di Pasar Awam Kuala Pilah, di sini.

Menurut Lee Chee Khing, 36, keadaan wayar elektrik yang tersangkut selepas kerja penanggalan wayar dilakukan di pasar itu mengundang kebimbangan orang ramai, khususnya peniaga di situ.

Katanya, kerja menaik taraf pemasangan pendawaian akibat kebakaran enam bulan lalu, berjalan lancar sejak seminggu lalu. Namun, dia mendakwa ciri-ciri keselamatan tidak dititik beratkan.

“Pihak berkaitan seolah-olah tidak memandang berat soal keselamatan peniaga dan pelanggan.

“Wayar itu tersangkut atas kayu penahan bumbung pasar. Saya sudah maklumkan kepada pihak berkenaan supaya menurunkan wayar itu, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil sejak lima hari lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Chee Khing berkata, akibat masalah wayar itu, pelanggan di gerainya rasa kurang selesa untuk membeli.

“Setiap kali pelanggan datang ke sini, mereka minta saya turunkan wayar itu kerana bimbang perkara buruk berlaku.

“Kalaulah saya tahu buat sendiri, sudah tentu saya akan turunkan sendiri. Tetapi masalah ini adalah tanggungjawab kontraktor yang lebih pakar,” katanya.

Menurutnya, aduannya itu bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi bagi memastikan mana-mana pekerja kontraktor diamanahkan supaya lebih teliti.

“Bukan sekadar menyiapkan kerja yang telah dipertanggungjawabkan tetapi sama-sama menjaga keselamatan semua pihak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sekali-pandang-macam-ular-1.35032


20120322

Ibu tunggal menanti bantuan rumah PPRT sejak 2009



22 Mac 2012 ; Kepis , Kuala Pilah - Sudah empat tahun seorang ibu tunggal, di sini menunggu permohonan bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak 2009 diluluskan, namun sehingga kini statusnya masih tidak diketahui.

Maznah Mohamad, 47, berkata, kehidupannya kini terhimpit kerana perlu menanggung lima anak di mana dua daripadanya masih bersekolah.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja menoreh getah di atas tanah orang.

“Jika ada hasil, barulah dapat upah yang tidak seberapa. Jika sepanjang bulan itu cuaca panas, saya peroleh pendapatan RM200 hingga RM300 sebulan.

“Kadang-kadang pernah tiada sumber pendapatan kerana musim tengkujuh. Walaupun menerima bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan persekolahan dua anak saya, namun ia masih tidak mencukupi,” katanya.

Sebelum ini katanya, dia pernah menyewa di sebuah rumah usang di kampung tersebut, namun sudah diambil semula oleh tuan tanah dan menetap semula di rumah ibunya, Kamariah Nordin, 65, di Kampung Air Kuning, Kepis Tengah.

“Saya terpaksa menumpang teduh di rumah ibu memandangkan tiada tempat tinggal dan berhimpit-himpit seramai 15 orang sekiranya adik-beradik lain pulang ke rumah.

“Kerana itu saya mahu memohon bantuan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kepis Hulu untuk memiliki sebuah rumah PPRT tetapi tiada sebarang tindak balas diberikan,” katanya.

Maznah berkata, dia berasa sedih apabila permohonannya mendapatkan bantuan tidak dilayan sedangkan dia amat memerlukannya.

“Pernah dahulu ada pihak JKKK memaklumkan permohonan saya diluluskan sehingga saya menyediakan tanah di belakang rumah ibu untuk didirikan rumah, tetapi hanya indah khabar dari rupa.

“Saya sudah puas memohon bantuan dan sehingga kini masih menunggu, namun sampai bila?,” katanya.

Katanya, berharap pihak berkaitan dapat melihat dan prihatin dengan masalah yang dihadapinya.

“Saya tahu senarai nama permohonan bantuan PPRT banyak, tetapi bagaimana ada orang yang baru sahaja ­memohon bantuan itu sudah diluluskan?.

“Justeru itu, saya berharap pihak berkaitan dapat meneliti dan menyemak semula permohonan saya yang dibuat sejak 2009 serta memberi maklum balas segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/menanti-bantuan-belum-pasti-1.34351

20120311

Penduduk resah bau busuk


Penduduk resah bau busuk

11 Mac 2012

TANJUNG IPOH – Rata-rata penduduk di Taman Pemarak resah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk yang berpunca dari tong sampah berhampiran.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan tong sampah itu sudah bocor dan usang menyebabkan kawasan sekitar kotor.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Taman Pemarak, Zainudin Adam berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Menurutnya, masalah itu boleh menimbulkan kurang selesa dalam kalangan penduduk terutama pelawat yang keluar masuk ke taman itu.

“Dahulu sampah tidak banyak tetapi akibat penambahan penduduk, taman ini perlu mempunyai tong sampah yang besar dan baru untuk keselesaan penduduk,” katanya.

Zainudin berkata, tong sampah itu perlu diganti baru supaya sampah tidak lagi bertaburan.

“Masalah ini sudah dimaklumkan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) melalui surat bertarikh 8 Disember 2011. Kemudian, saya menerima maklum balas daripada pihak mereka pada 13 Disember lalu.

“Surat itu menyatakan pihak Majlis sudah mengarahkan SWM Kuala Pilah menggantikan tong sampah tersebut dan perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan awam diambil alih Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA),” katanya.

Katanya, sekiranya tanggungjawab tersebut digalas PPSPPA, diharap masalah ini akan diselesaikan sebaik mungkin.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Saya hanya harapkan pihak berkaitan dapat menjalankan tugas dengan baik dan menerima rungutan penduduk kampung secara rasional.

“Aduan saya berasas kerana tong sampah ini sememangnya perlu diganti baru supaya tidak berlaku lambakan sampah selain bau kurang menyenangkan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penduduk-resah-bau-busuk-1.31219

20120307

Karnival DUN Johol 16 Mac 2012



KARNIVAL DUN JOHOL
Tarikh : 16 Mac 2012 ( Jumaat )
Masa : 4 ptg - 12 mlm
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan

ACARA :

Masa : 5 ptg - 7 mlm
BORAK & MINAM POTANG BERSAMO PIMPINAN PR N9
Bersama :
- YB Mohd Taufek Abd Ghani
- YB Dato Kamarul Bahrain Abas
- YB Loke Siew Fook

Masa : 7.00 malam - 12.00 malam
SOLAT HAJAT PERDANA ( 8.00malam )

PERSEMBAHAN PENTAS
~ Iwan Syahman ( Iwan Dangdut )
~ Madih dan Selawat bersama Madrasah Az-Zein, Seremban

PIDATO ANAK MUDA
- Ustaz Nor Azman Mohamad
- YB Nurul Izzah Anwar
Hubungi : Zul ( 0136677787) Amar ( 0136782380 ) Mazlan ( 0162076037 )

20120303

MB Selangor di Kuala Pilah 10 Mac 2012


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pekan Seri Menanti, N.Sembilan

Penceramah :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

~ YB Dato Ir Amiruddin Hamzah, EXCO Kedah

~ YB Dato Abd Halim Hussein, Speaker DUN Pulau Pinang


JAMUAN MAKAN MALAM DAN SUMBANGAN DANA PRU13 PILAH

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 mlm

Tempat : Hotel Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

~ YB Teresse Kok

~ YB Khalid Samad

Hubungi : Kamarul 012-6030042, Boy 013-6520582, Pak Mat 017-6469950