20110916

Tak tahan harung becak


Tak tahan harung becak
Sinar Harian 16 Sep 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Baru Lanjut Manis mendakwa berdepan kesulitan berulang-alik ke rumah mereka berikutan laluan berkenaan becak setiap kali selepas hujan kerana tidak berturap sehingga kini.

Seorang penduduk, Saedun Hussin, 45, berkata, sejak 2008, kami membina rumah di sini namun sehingga kini jalan itu masih belum diturap.

Menurutnya, kami berdepan kesukaran apabila setiap kali hujan lebat.

“Kenderaan memang tidak boleh melalui jalan itu kerana becak dan licin sehingga menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah,” katanya.

Saedun berkata, agak terkilan apabila dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun ia masih lagi dipandang sepi.

“Saya sudah memberitahu kepada pihak berkaitan berhubung masalah ini, tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dilakukan.

“Saya dan penduduk lain terkilan kerana masih menanti jalan penyelesaian yang cuba dilakukan dan tidak sabar menyelesaikan masalah ini terutama kesulitan dihadapi pelajar sekolah yang terpaksa berdepan debu atau becak ketika musim hujan,” katanya.

Katanya, anak-anak juga berdepan masalah kesulitan hendak ke sekolah kerana jalan berlumpur.

“Walaupun jalan ini diletakkan batu kerikil di merata tempat, tetapi tanah ini tetap berlumpur dan becak setiap kali hujan.

“Kadang-kadang anak-anak terpaksa memakai selipar terlebih dahulu untuk keluar dari rumah sebelum sampai ke sekolah. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius masalah ini demi kesejahteraan lima keluarga yang ada di sini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9532804.asp

20110914

Jamuan Raya DUN Johol 17 Sep 2011



JAMUAN HARI RAYA DUN JOHOL
Tarikh : 17 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Mohd Sany Hamdan, Exco Pemuda PAS Pusat
Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N9
Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Mohd Nazree Yunos, Ketua AMK N9
- Serta Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Pemuda PAS -

20110913

Kerosakan sudah berlarutan



Kerosakan sudah berlarutan
Sinar Harian 13 Sep 2011

TERACHI – Penduduk dan pengguna jalan raya memohon kepada pihak berkaitan mengambil tindakan segera membaiki jalan Kampung Baru Lanjut Manis, di sini yang rosak teruk.

Penduduk, Saedun Hussin, 45, berkata, kerosakan itu berlarutan untuk tempoh lama sehingga menyukarkan pengguna.

Menurutnya, jalan itu semakin rosak berikutan kenderaan sentiasa berulang alik menggunakan jalan berkenaan.

“Jalan ini memang sentiasa dilalui memandangkan terdapat penempatan termasuklah rumah saya. Sudah lama jalan ini tidak berturap hingga tarnya telah pecah sementara strukturnya sudah rosak sehingga memaksa pengguna menggunakan laluan bersebelahan.

“Namun, ia mengundang risiko bahaya memandangkan jalan ini kecil, apabila berselisih menyukarkan pengguna. Tambahan pula, satu pembetung sudah pecah dan terdapat tanda rekahan tanah, bila-bila masa boleh berlaku runtuhan,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, Saedun berharap, pihak berkaitan memandang serius masalah tersebut.

“Sekiranya masalah peruntukan menjadi kekangan kepada pihak berkenaan untuk mengatasi kesulitan itu, satu laluan alternatif berturap perlu dibina.

“Kerosakan ini sudah lama, maka tidak perlu tunggu lebih lama lagi kerana penduduk menggunakan laluan itu setiap hari,” katanya.

Katanya, kerja-kerja penanaman paip bawah tanah telah selesai berdasarkan pemerhatiannya, namun kawasan rumahnya masih belum menerima sumber air.

“Mereka membuat kerja penanaman paip bawah tanah sejak awal 2011. Walaupun begitu, rumah saya terpaksa menggunakan generator memandangkan air tidak dapat sampai ke rumah. Gangguan air turut berlaku di sini terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri.

“Oleh itu, masalah sebegini perlu diberi perhatian dengan segera oleh pihak berkaitan demi keselesaan penduduk, dan pengguna yang melalui jalan tersebut” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9522773.asp

20110912

Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 di Kuala Pilah



JAMUAN IDIL FITRI MTD SERI MENANTI
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Mujahidah, Bt 16, Kg Terachi, Jln Seremban-K.Pilah ( sebelah SK Terachi)
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Tn Hj Mohamad Taufek

20110909

Ceramah Ir Nizar 15 Sep 2011 Johol, N.Sembilan



CERAMAH UMUM
Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan
Penceramah
1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang
2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/09/jemputan-ceramah-umum-bersama-dato-seri.html

20110908

Bagaikan perangkap samar



Bagaikan perangkap samar
Sinar Harian 8 Sep 2011

SRI PILAH – Jalan rosak, sempit, dengan keadaan longkang tidak sempurna bagaikan perangkap samar kepada pengguna di jalan Kampung Batang Pilah, Sri Pilah, sekiranya tidak berhati-hati sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk di situ.

Difahamkan, pada dua Syawal lalu, sebanyak tiga kenderaan tergelincir lalu memasuki longkang tersebut hingga menyebabkan mangsa trauma.

Penduduk, Baharudin Yunus, 76, berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini pernah terjadi sehingga kami membantu menolak keluar kenderaan yang masuk ke dalam longkang.

“Keadaan jalan sempit dan berlubang-lubang menyukarkan tetamu yang datang bertandang ke rumah saya pada hari raya kedua begitu juga dengan rumah lain.

“Lebih malang lagi, ada tetamu dari Johor yang datang berkunjung tetapi kereta jenis Perodua Myvi yang baru dibeli termasuk ke longkang kerana tidak menyedari kewujudan longkang di situ,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Selang beberapa jam kemudian, Baharudin berkata, dua kereta lagi menjadi mangsa apabila termasuk ke dalam longkang pada hari sama.

“Sebuah van dan Proton Wira juga termasuk dalam longkang itu pada hari sama. Jalan ini sempit dan berlubang-lubang. Berkemungkinan mereka hendak mengelak lubang, namun termasuk pula ke longkang yang tidak mempunyai tembok.

“Seharusnya pihak berkaitan membina tembok di longkang itu demi keselesaan dan keselamatan pengguna. Dengan jalan yang sempit, ia hanya boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja,” katanya.

Menurutnya, jalan itu dibina sejak 1980 dan sehingga kini masih tidak berubah.

“Jalan itu belum pernah dibaik pulih mahupun diturap dengan tar. Jalan pecah-pecah dan berlubang menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

“Masalah ini pernah diadukan kepada pihak berkaitan, namun ia tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan,” katanya.

Katanya, berharap pihak terbabit dapat membantu masalah penduduk kerana terdapatnya kawasan rekreasi Jeram Sri Pilah yang sering menjadi tumpuan pelancong dari luar.

“Masalah jalan tidak elok ini sedikit sebanyak menjejaskan imej produk pelancong di sini. Justeru itu, saya berharap jalan ini dapat dibaik pulih demi keselesaan dan kesejahteraan semua pihak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9505371.asp

20110905

Orang Asli N.Sembilan harapkan sebuah surau



Bina surau untuk mualaf
Sinar Harian 5 Sep 2011

TALANG – “Sudah tiba masanya Kampung Orang Asli Langkap Talang Tanjung Ipoh mempunyai sebuah surau bagi membolehkan golongan mualaf mengimarahkan aktiviti keagamaan,” kata seorang mualaf, Firdaus Abdullah, 55.

Beliau berkata, surau perlu diwujudkan bagi memastikan aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Walaupun tidak ramai Orang Asli memeluk agama Islam, namun apabila membina surau, sedikit sebanyak membuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai panduan hidup.

“Lagipun, banyak kegiatan dapat dilaksanakan di sini. Kita boleh solat jemaah bersama-sama, melakukan aktiviti gotong-royong untuk program keagamaan dan pelbagai lagi,” katanya.

Firdaus yang memiliki pengalaman dua tahun di Kelantan bagi mendalami ilmu agama berharap dapat menyebarkan ilmu itu kepada golongan mualaf di sini.

“Saya berharap dapat meluaskan ajaran agama Islam di kawasan ini. Sepanjang bergelar mualaf, saya sentiasa mendapat bimbingan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

“Dari situlah, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama,” katanya.

Firdaus berkata, jarak jauh membatasi mereka untuk pergi luar dari kampung.

“Namun apabila ada kakitangan jabatan turun padang membantu saudara baru di sini, saya sangat gembira,” katanya.

Katanya, bagi memperkukuhkan dan mempelajari agama Islam, dia mengadakan kelas agama di rumah.

“Kelas ini bertujuan menggerakkan aktiviti keagamaan di kampung supaya mereka tidak mudah lupa dan mempraktikkan apa yang diajar.

“Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat menimbangkan permintaan untuk membina surau di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Mohamad Noor Abdul Rahman bersama rombongannya menziarahi rumah Firdaus sempena program Iftar Perdana yang digerakkan oleh Pas kawasan Kuala Pilah.

Katanya, rombongan itu bertujuan menanamkan sikap prihatin kepada masyarakat dengan memasuki setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Kuala Pilah.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9495502.asp