20110822

Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan

PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

20110814

Masalah air tiada kesudahan di Bandar Diraja N.Sembilan


Aduan Rakyat , 13 Ogos 2011 - Masalah Air di Sri Menanti Negeri Sembilan : Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.

Beberapa hari saja lagi hari raya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-sri-menanti-negeri-sembilan

Beberapa masalah bekalan air di Negeri Sembilan di bawah ini :

Orang Kuala Pilah merana, bekalan air bermasalah di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/08/rakyat-nsembilan-merana-bekalan-air.html

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/07/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas.html

20110809

JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

Semua ahli dan penyokong dijemput hadir :

Kawasan : Rasah
Tarikh : 5 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : SRI IDU
Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek dan Hassan Tamby

Kawasan : Tampin
Tarikh : 12 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Markas Bkt. Rokan Utara
Wakil Perhubungan : Hassan Tamby

Kawasan : Teluk Kemang
Tarikh : 13 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Spring Hill
Wakil Perhubungan : Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa

Kawasan : Jempol
Tarikh : 20 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Muassasah
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

Kawasan : Seremban
Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad
Tempat : PJ Perdana , Ahad
Wakil Perhubungan : Tuan Hj Anuar

Kawasan : Kuala Pilah
Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad
Tempat : Kg. Dioh
Wakil Perhubungan : Abd. Rahman

Kawasan : Rembau
Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Teratak Amal
Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek

Kawasan : Jelebu
Tarikh : 27 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Rumah Tn. Hj. Jaaman
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

20110805

Terpaksa pekakkan telinga



Terpaksa pekakkan telinga
Sinar Harian 5 Ogos 2011

KUALA PILAH – Rata-rata pengunjung dan peniaga berhampiran Kampung Dioh, resah apabila sebuah premis di tingkat atas bangunan bank, di sini dijadikan sarang ternakan burung layang-layang atau walit.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu mendapati, keadaan bunyi bising terutamanya pada waktu pagi dan lewat petang membuatkan pengunjung tertekan, manakala peniaga pula terpaksa memekakkan telinga mengharungi senario itu setiap hari.

Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Kamariah, 19, berkata, pada mulanya dia hanya menganggap bunyi bising itu sebagai perkara remeh dan tidak menghadapi sebarang masalah dengan senario berkenaan.

Menurutnya, namun senario itu tidak menyenangkan sesetengah pihak, terutamanya bagi peniaga yang sentiasa berada di kawasan itu setiap hari.

“Malah, jika difikirkan tidak wajar bangunan ini dijadikan tempat ternakan burung walit kerana ia menjadi tumpuan orang ramai selain berhampiran dengan rumah penduduk,” katanya.

Secara umumnya, ramai pengusaha sarang burung walit sanggup menyewa atau membeli deretan bangunan semata-mata untuk dijadikan premis bagi haiwan berkenaan membuat sarang berikutan industri itu dikatakan menguntungkan.

Manakala, Muhamad Ismail Ali, 40, berkata, walau bagaimanapun menternak burung walit di tempat itu tidak bersesuaian kerana berdekatan dengan tempat tumpuan orang ramai.

“Mereka perlu membuat di tempat lain yang tidak ramai penduduk kerana itu lebih selamat. Bukan dibina di tengah pekan ini.

“Jika dibiarkan sahaja tanpa ada sebarang tindakan, bimbang kawasan ini diganggu pencemaran bunyi,” katanya.

Katanya, kegiatan menternak burung walit itu masih di peringkat awal dan boleh diselamatkan dengan berpindah ke tempat lain.

“Saya sentiasa lalu di sini, bunyi kuat daripada rakaman suara burung yang dipasang di situ memang mengganggu.

“Oleh itu, diharap pihak berkaitan dapat menimbal balik dan melihat masalah ini dari sudut orang ramai serta di sekitar peniaga sekali gus membantu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9401203.asp

20110804

Rakyat N.Sembilan merana, bekalan air bermasalah



Masalah air tidak pernah berkesudahan di Negeri Sembilan ini. Dari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila, selagi rakyat di Negeri Sembilan ini tidak melakukan perubahan.

Sila baca artikel sebelum ini bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Khidmat SAINS tidak efisien
BERITA HARIAN 4 Ogos 2011

SAYA ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang tidak efisien sejak empat tahun lalu hingga kini.

Untuk makluman di kawasan perumahan saya Dataran Desa Melang 2, Kuala Pilah masih mengalami gangguan air dan catuan air pada waktu yang tidak munasabah.

Air yang dibekalkan di antara jam 10 pagi hingga jam 4 petang dan selepas itu air dicatu hingga pagi esok jam 10 pagi semula. Waktu pembekalan air itu tidak munasabah kerana ramai pengguna ketika itu tidak ada di rumah kerana bekerja.

Ini sangat menyusahkan kerana apabila balik kerja bekalan air di rumah sudah tiada. Walaupun aduan dibuat di pejabat SAINS Seremban dan Kuala Pilah, setakat ini masih tidak ada perubahan dibuat untuk faedah semua.

Kami juga tidak disediakan bekalan air melalui lori tangki

Saya berharap aduan ini dilayan kerana sudah empat tahun kami bersabar menantikan masalah ini diselesaikan dengan segera untuk faedah semua.

PENGGUNA KECEWA,
Kuala Pilah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhidmatSAINStidakefisien/Article

20110803

Tandas, ruang solat terbiar



Tandas, ruang solat terbiar
Sinar Harian 3 Ogos 2011

JOHOL – Kemudahan Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Kampung Tanggai, Air Mawang, dekat sini yang terbiar dan tidak dipantau secara menyeluruh oleh pihak berkaitan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pengunjung.

Pemandu pelancong, Mohd Nazri Abdullah, 54, berkata, jumlah pelancong pada Januari hingga Julai tahun ini mencecah 5,000 orang sekali gus memberi gambaran bahawa Gua Batu Maloi adalah satu produk pelancongan yang sangat terkenal dan sering dikunjungi.

Menurutnya, setiap minggu, ada sahaja pelancong berkunjung ke sini dengan majoriti 40 hingga 50 orang.

“Aktiviti di sini memang mencabar kerana tempat ini menjanjikan pelbagai pengalaman yang berharga kepada pencinta gua.

“Meskipun menjadi tumpuan orang ramai, tetapi saya rasa sedih dan kecewa apabila kemudahan seperti tandas serta ruang solat tidak diselenggarakan dengan sempurna,” katanya.

Mohd Nazri berkata, masalah gangguan air juga sering berlaku di sini sehingga menyebabkan pengunjung melahirkan rasa tidak senang.

“Begitu juga dengan ruang solat yang dipenuhi lumpur dan rosak. Lumpur tidak dibersihkan selepas banjir yang berlaku pada awal tahun lalu sehingga mengotori ruang solat sekali gus memberi imej negatif,” katanya yang terpaksa menyediakan ruang solat untuk pengunjung atau menumpang surau di Kampung Tanggai.

Beliau berkata, keadaan struktur tanah berhampiran surau dan tandas juga menggusarkan hatinya apabila setiap kali hujan lebat, tanah akan runtuh.

“Keadaan tebing longkang yang sudah runtuh juga mencacatkan pemandangan kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah mengutarakan masalah itu kepada pihak berkenaan, namun masih belum mendapat maklum balas.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak berkenaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan agar masalah kebersihan dan gangguan bekalan air dapat diatasi segera.

“Jika saya memiliki sumber kewangan yang kukuh, mungkin saya boleh membantu membuat kerja-kerja penyelenggaraan itu, namun kekangan kewangan membantut pergerakan saya,” katanya.

Katanya, banyak masalah yang berlaku di sini seperti rumput tidak dimesin, sampah sarap tidak dipungut dan semak tidak di tebas.

“Justeru, diharap pihak berkaitan dapat memantau dan memandang serius masalah berkenaan agar produk pelancongan yang bernilai tinggi ini tidak terbiar begitu sahaja tanpa ada pengunjung,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9395832.asp