20110320

Ceramah PR 23 Mac 2011 Senaling, Kuala Pilah

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 23 Mac 2011 (RABU)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 18, Lot 3071, Kg Rembang Panas, Senaling, Kuala Pilah
Penceramah :
Mazlan Aliman
Shamsul Iskandar Md Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

20110309

Muak dengan janji kosong


Sinar Harian 9 Mac 2011

Taman Selasih , Kuala Pilah – Kiri-kira 1000 penduduk di taman ini kecewa kerana isu masalah gangguan kemudahan bekalan air yang berlaku sudah lebih setahun, masih belum mendapat kata putus yang sewajarnya daripada pihak berkaitan.

Penduduk tidak mahu janji kosong yang ditabur pihak tertentu, sebaliknya inginkan satu keputusan mutlak dan pembelaan dalam mencari jawapan tentang status pemilikan pam air di taman berkenaan yang masih belum selesai.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, Mazan Maidin, 61, berkata, penduduk taman sudah muak dengan janji kosong pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah pam air di sini.

“Kami sudah menghubungi pihak pemaju tetapi mereka seolah-olah berdalih dan mempermainkan kami.

“Kami juga sudah panjangkan masalah ini kepada pihak pemaju perumahan supaya mereka memberi kuasa kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) tentang status hak milik pam air,” katanya kepada Sinar Harian.

Mazan berkata, ini bertujuan memudahkan mereka berurusan dengan pihak Sains sekiranya ada masalah air di sini.

Buat masa ini, katanya, pihak Sains tidak boleh berbuat apa-apa sehingga pihak pemaju menyerahkan pam air itu kepada Sains.

Bagaimanapun, sejak lebih setahun, masalah itu tidak pernah selesai dan yang menjadi mangsa adalah penduduk di sini.

“Sekiranya mengalami gangguan air, kami terpaksa tunggu pihak pemaju mahupun kontraktor yang dipertanggungjawabkan datang ke taman ini untuk membetulkan pam air itu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan air hingga beberapa hari sekiranya pihak berkaitan datang lewat untuk membaiki pam berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8846516.asp