20131229

TURUN


20121122

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG


SEMPENA MAAL HIJRAH 1434
Tarikh : 24 November 2012 ( Sabtu )
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Surau Haji Yunus, Pekan Air Mawang, Johol
Semua dijemput hadir menghidupkan sunnah meraikan anak-anak yatim

20121030

Jambatan tunggu mangsa


30 Oktober 2012

KUALA PILAH – Ibarat retak menanti belah. Begitulah keadaan jambatan di Kampung Tumang, Johol yang hampir runtuh.

Malah keadaan itu juga menimbulkan kebimbangan berikutan ia merupakan laluan utama kepada lebih 200 penduduk, dekat sini.

Penduduk, Abd Hamid Jais, 60, berkata, kawasan tebing berhampiran jambatan itu sudah dipasang batu sangkar pada bulan lalu bagi mengelakkan hakisan akibat hentaman air sungai ketika hujan.

"Namun langkah itu tidak berkesan apabila batu sangkar berkenaan turut rosak apabila dihentam arus sungai," katanya.

Menurutnya, kini apabila musim hujan, tanah di bawah jambatan sudah mendap mendap sekali gus menyebabkan jambatan itu senget dan retak.

"Jambatan ini pernah dibaiki dengan menambah tanah di bahagian yang rosak. Namun, apabila hujan tanah itu mendap lagi.

“Sebelum ini, kerosakan pada jambatan ini tidak terlalu teruk, tetapi hujan lebat yang berlaku pada 21 Oktober lalu merisaukan kami,” katanya.

Sementara itu, Amran Daud, 41, berkata, penduduk mengambil inisiatif meletakkan beberapa papan di kawasan mendapan supaya jambatan boleh digunakan sementara waktu.

“Laluan ini sering digunakan penduduk selain pemandu lori yang membawa keluar hasil getah.

"Sepatutnya lori tidak boleh masuk ke kampung ini kerana laluan ini terhad kepada kenderaan seberat lima tan sahaja,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, kini penduduk terpaksa menanggung risiko dan berharap pihak berkaitan dapat mempercepatkan kerja baik pulih.

Katanya, selain masalah jambatan, jalan di kawasan kampung itu juga sudah rosak dan berlubang.

Sementara itu, difahamkan pihak berkaitan sudah berbincang dan bersetuju untuk membaiki jambatan serta jalan kampung tersebut melalui peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri.

20121028

Jalan hampir runtuh


28 Oktober 2012

KUALA PILAH – Hujan lebat sejak minggu lalu mengakibatkan jalan berhampiran jambatan di Felca Berhad Kuala Johol I, II dan Kampung Melekai hampir runtuh.

Difahamkan, hujan lebat selama beberapa jam itu menyebabkan paras air sungai Melekai melimpah sehingga menghakis tanah di kawasan tebing jambatan berkenaan.

Penduduk, Anuar Mahmud, 42, berkata, jalan itu adalah laluan alternatif penduduk berdekatan untuk keluar masuk.

Menurutnya, bagi mengelakkan penduduk terus menggunakan jalan itu, pemberitahuan dan amaran jalan ditutup sudah diletakkan di kawasan berhampiran.

“Walaupun sudah diletakkan tanda amaran, namun pihak berkaitan perlu meletakkan papan tanda simbol tanah runtuh supaya orang ramai mengetahuinya bukan sekadar kon sahaja.

"Saya risau jika berlaku hujan lebat, jalan dan jambatan ini akan runtuh,” katanya.

Anuar berkata, kini penduduk menggunakan jalan Kampung Melekai berhadapan Klinik Kesihatan Johol sementara menunggu jalan berkenaan dibaik pulih.

Katanya, sebelum ini, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran pernah membersihkan dan melebarkan sungai tersebut.

“Jika tiada pembersihan, mungkin kejadian akan lebih teruk lagi. Meskipun begitu, diharapkan pihak berkenaan dapat membaiki jalan ini,” katanya.

20120911

Ceramah Khas


20120904

CERAMAH JOM UBAH BERSAMA PAKATAN RAKYAT


Tarikh : 11 September 2012
Tempat : Kampung Kepis Hulu, Johol
Masa : 9.00 malam
Penceramah
- Sdr Rafizi Ramli ( Pengarah Strategik PKR )
- Dr Badrul Amin ( PKR )
- YB Teo Kok Seong ( Adun DAP Bahau )
- Sdr Sani Hamzan ( Exco DPP Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )
Semua dijemput hadir

Jamuan Hari Raya dan Ceramah


Tempat : Bilik Gerakan Kg Gunung Pasir, Seri Menanti (Rumah Hj Zainal)
Tarikh : 8 Sep 2012, Sabtu
Masa : 7.30 mlm – 12 mlm
Bersama : Ustaz Shamsul Firdaus Al Hafiz (Timbalan Ketua AMK Kota Damansara) dan Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre (Setiausaha Dewan Ulama PAS)
Semua dijemput hadir

Munajat dan Jamuan Aidilfitri PASTI DUN Johol


Munajat Peperiksaan UPSR, PMR & SPM 2012 dan Jamuan Aidilfitri PASTI DUN Johol
Tarikh : 6 September 2012 ( Khamis )
Masa : 7.00 malam - 10.00 malam
Tempat : Pasti Fatimah Az-Zahra', Kampung Paya, Renggoh, Johol
Aturcara
- Solat Maghrib Berjemaah
- Solat Hajat dan Bacaan Yaasin
- Motivasi Kecemerlangan
- Solat Isya dan Jamuan Raya

Semua dijemput hadir dan tolong sebarkan

20120902

'Janji hanya tinggal janji', warga emas menanti

2 September 2012

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri warga emas dari Kampung Melekai, di sini, kesal apabila pihak berkaitan yang berjanji untuk membantu mereka membaiki rumah kini sepi walaupun tindakan susulan telah dilakukan.

Napsiah Abas, 65, berkata, mereka pernah dikunjungi pihak berkenaan yang turun padang untuk melihat keadaan rumah tetapi masih tiada tindakan diambil.

Menurutnya, rumah yang dibina sejak lebih 10 tahun lalu itu pernah berlaku kebakaran pada 2007 di bahagian dapur dan hingga kini masih tidak dibaiki susulan kekangan kewangan.

“Meskipun rumah ini usang, dindingnya sudah dimakan anai-anai, makcik tetap tinggal di sini kerana ini rumah pusaka dan satu-satunya harta makcik.

“Apabila sudah usang, banyaklah dinding reput dimakan anai-anai. Bumbung pula bocor sana sini hingga kadang kala perlu menyediakan baldi untuk menadah air yang menitis setiap kali hujan,” katanya tinggal bersama suami dan anak.

Katanya, permohonan berkenaan dibuat sejak lapan tahun lalu.

“Makcik pergi sendiri berjumpa pihak berkenaan semasa membuat permohonan itu. Ada juga mereka turun padang melihat keadaan rumah ini, serta mengambil gambar, namun terhenti setakat itu sahaja.

“Mereka maklumkan, rumah ini besar dan jika mahu baik pulih memerlukan kos yang tinggi. Menurut mereka peruntukan hanya ada RM11,000 sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu menurutnya, dia amat berharap rumah berkenaan dapat dibaik pulih memandangkan mereka tidak mampu ditambah pula suaminya, Zahari Acin, 69, mengidap kencing manis kronik sejak 20 tahun lalu dan darah tinggi.

Bagaimanapun katanya, dalam kesempitan hidup, dia tetap bersyukur kerana Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek menyumbangkan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan suaminya.

“Sememangnya, makcik tiada punca pendapatan dan hanya bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Itu pun memang tidak cukup kerana pakcik memakai lampin pakai buang,” katanya.

20120830

Cari kayu terpakai bina rumah


30 Ogos 2012

JOHOL – Meskipun menghuni rumah yang berdindingkan kanvas dan berlantaikan tanah, namun sebuah keluarga di Kampung Melekai tetap tabah meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan.

Ketua keluarga, Awang Timbul, 47, berkata, mereka sudah tinggal di rumah itu dua tahun lalu selepas berpindah dari rumah pusaka yang usang.

Menurutnya, selepas berpindah, dia mencari kayu terpakai untuk membina sebuah rumah dan kanvas untuk dijadikan dinding di bahagian dapur.

"Bila hujan, saya tidak dapat tidur kerana bimbang kanvas  tidak mampu menahan tiupan angin yang kuat.

“Saya memang tidak mampu membina rumah yang selesa kerana hanya bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM12 sehari,” katanya.

Awang tinggal di rumah berkenaan bersama isterinya, Rogayah Mohamad Sharif, 46, dan adik iparnya, Norlela, 26.

Awang berkata, rumah itu luas dan hanya mempunyai sebuah bilik sahaja untuk Norlela tidur.

Menurutnya, isterinya pula terpaksa tidur di dapur kerana menghidap penyakit asma kronik dan tidak boleh menaiki tangga.

"Saya pula tidak kisah tidur di mana sahaja. Isteri saya menghidapi pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan batu karang.

"Dia perlu mengambil ubat dan kadangkala terpaksa berulang alik dari Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN) untuk melakukan pemeriksaan darah tinggi. Bila pergi ke HTAN, saya menyewa kereta saudara kerana saya tidak memiliki kenderaan. Motosikal pulla pinjam dari jiran. Kos rawatan pula tinggi kadangkala mencecah RM400,” katanya yang berasal dari Sabah.

Katanya, sebelum ini dia pernah membuat permohonan mendapatkan sebuah rumah baru melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menerusi ketua kampung tetapi sehingga kini belum ada maklum balas.

“Saya sudah mohon PPRT tetapi ada pihak yang datang ke rumah hanya mampu membaiki rumah sahaja. Mereka ada datang mengukur bahagian dapur tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan.

"Tapak rumah yang didiami sekarang milik isteri dan berharap dapat dibina rumah PPRT di sini," katanya.

20120828

Pimpinan PR ziarah bekas AJK Wanita Umno


28 Ogos 2012

SEBERANG PEKAN – Walaupun berbeza fahaman politik, namun itu bukan penghalang kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk menziarahi seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Umno, Zainon Johari, 66, yang terlantar sakit selama enam bulan akibat serangan angin ahmar.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharudin Othman berkata, tidak salah sekiranya parti politik berlainan menziarahi orang sakit terlantar dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Tindakan ini adalah lebih baik dan murni. Saya difahamkan, Zainon bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Terusan Seberang yang juga Pengerusi Persatuan Wanita (WI) Seberang Pekan. Semasa beliau sihat, pernah menjadi penggerak utama Umno Bahagian.

“Namun setelah diserang angin ahmar, dia hanya terlantar sakit sahaja di rumah dan tidak dapat mengenali kenalan,” katanya ketika ditemui pada program ziarah itu.

Hadir sama, Ketua Muslimat Pas Kawasan Kuala Pilah Fazilah Abu Samah dan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah, Azman Hashim.

Pada program itu, pimpinan PR turut menziarahi keluarga yang kurang bernasib baik, keluarga miskin, anak yatim dan sakit terlantar.

Zaharudin berkata, golongan memerlukan tidak dipinggirkan sebaliknya diberi perhatian sewajarnya kerana mereka berhak menjalani kehidupan yang selesa setelah negara mencapai kemerdekaan ke-55 tahun ini.

“Program ziarah ini, tidak mengira parti politik. Asalkan mereka sakit terlantar, kurang berkemampuan, kami tetap menghulurkan bantuan kepadanya,” katanya.

20120819

Majlis Jamuan Hari Raya


Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air

oleh : Aspan Alilan

19 Ogos 2012 - Pagi tadi saya menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya sudah tiada di dunia ini.

Saya juga menziarahi bapa saudara saya di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa beliau di hari dan bulan yang baik ini.

Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu hingga sekarang dikampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya itu.

Tetapi nyata harapan saya itu tidak kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu lama tidak diperbesarkan?

Saya terdengar Menteri Besar NS pernah berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.

Oleh kerana masalah keputusan air dikampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

Hari ini adalah pengalaman biasa setiap tahun yang saya hadapi dikampung saya itu, maka saya terpaksa kembali ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air bersih yang masih tidak terganggu itu.

Saya baru sahaja mandi manda dengan selesa di sebuah negeri yang di isukan bekalan air bersih oleh pihak yang berkepentingan politik itu.

20120816

20120804

Masalah air di Kuala Pilah berlarutan sejak beberapa tahun

4 Ogos 2012

KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
“Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
“Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
“Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
“Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak,” katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
“Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
“Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
“Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
“Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari,” katanya.

20120628

Ceramah Umum


20120627

Air di Kuala Pilah bermasalah sudah lebih 2 tahun

Aduan Rakyat - 27 Jun 2012

Masalah keperluan asas utama iaiatu bekalan air bersih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga kini sejak diswastakan dan dikendalikan oleh SAINS, tidak dapat didiselesaikan. Saya tidak duduk di sana tapi sering pulang ke sana dan mendengar keluhan rakyat terutama sewaktu mendengar ceramah pihak pembangkang.

Rakyat setempat berasa kecewa kerana bukan sahaja tiada tindakan di ambil malah mereka akan blacklist kepada orang yang membuat aduan. Sebagai sebuah pekan besar yang menempatkan Bandar Diraja Seri Menanti, perkara ini sepatutnya tidak wujud dan kita sudahpun hidup di alaf baru bukan di zaman 70an lg.

SAINS ingin membekalkan air ke Selangor tapi kawasan utama di Negeri Sembilan seperti di sini mempunyai masalah bekalan air. ini menjejaskan kualiti kehidupan, dan kesihatan penduduk setempat. bayangkan, pengusaha restoran tdk dpt mencuci pinggan setiap masa etc.

Bukan ini sahaja penduduk Negeri Sembilan sering mengalami gangguan tenaga elektrik terutama di kawasan Terachi, bermula dari Seremban ke atas, apakah puncanya?

Dengan harapan melalui pendedahan ini, Exco2, dan Ahli Parlimen dpt buka mata bukan tah berpegang pd status semata2.

By: karteena

JOM UBAH


20120521

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Mei 2012 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pekan Dangi, Johol, N.Sembilan
Penceramah :
YB Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan, Selangor )
Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )